Tuesday 22 March 2011

JOM NYANYI LAGU ADIK-ADIKKU....




~INSYAALLAH BOLEH~

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!

Saturday 19 March 2011

hari-hari hidup kita....

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara tersebut yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :

1.     Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.
2.    Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3.    Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4.   Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5.   Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6.   Jangan makan tanpa membaca Bismillahhirrahmannirahim dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7.   Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
8.   Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
9.   Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
10.  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
11.  Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
12.   Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
13.  Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
16.   Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
17.   Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.
18.   Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
19.   Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
20.   Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
21.   Jangan lupa membaca Bismillahirrahmannirrahim dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
22.   Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.
23.   Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui.

Friday 4 March 2011

KELEBIHAN KISMIS

Iman Az-Zuhdi berkata “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka hendaklah dia memakan Zabib (kismis)”, Ada hadis Yang menyebut : Sebaik baik makan ialah Zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, meguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung dan mulut.

cara supaya tidak mengantuk

Semua orang, apabila memandu kereta
terutama untuk perjalanan jauh spt
balik kampung berhariraya, travelling
kerana tugas rasmi dsbnya, akan
merasa mengantuk yg teramat sangat ketika
memandu. Hal ini boleh mengundang
padah kerana hanya sedetik shj anda
terlelap ketika memandu, kemungkinan
untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99%
kerana ketika terlelap itu, otak
anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata
tertutup dan anggota tangan dan
kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg
dipandu. Berdasarkan pengalaman
saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat
Qursi boleh dijadikan penawar
untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.
Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA
NAUM..."

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK
TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan
adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan
perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA
YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA'
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM"
3X.

SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT
BERSAMA.


Thursday 3 March 2011

Aku Cuba Mencitaimu Tuhan

Album :
Munsyid : Diwani
http://liriknasyid.com


aku cuba mencintaiMu tuhan
hati tidak juga terasa
aku cuba berkali-kali pun
tidak terasa apa apa juga
aku fikir-fikir nikmatMu... Lihat seterusnya..
aku kenang-kenangkan rahmatMu
agar nampak kemurahanMu

atas nama ilmu aku akur….
Namun aku belum jatuh hati juga denganMu
aku susah hati, aku sedih selalu
mengapa terjadi begini
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedangkan aku tahuaku akui
nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung,tidak mungkin terhitung

Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensucikan dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka memujaMU merintih padaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
adakalanya menitis kebumi

mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibr mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! keras hatiku,keras hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah dan hidayahMu
bertuahlah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan padaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah

aku tidak akan putus asa
akan ku cuba lagi selagi ada nyawa dibadan
dihujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah
wahai tuhan ALHANNAN WAL MANNAN......

Pengirim : hamba Allah SWT

sang pencinta

ya rahman ya rahim
aku ini lemah
hanya Engkau mampu kuatkan aku
hanya Engkau mampu bawa aku
ke jalan yang Engkau redai
ya fattah ya alim
hanya Engkau yang mengetahui
hanya Engkau jua yang maha
membuka pintu hati orang-orang yang
kau kehendaki
supaya mendapat petunjuk dan hidayat...
ya Allah
ampunkanlah segala dosa2 ku ya Allah..
(^_^)

sampaikanlah walau pun satu ayat

"Firman Allah Dalam Surah Ghafir Ayat Ke-60... maksudnya"
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"

catatan pertamaku....

assalamualaikum...


sekadar pengenalan diri disini...
semoga coretan di laman ini memberi manfaat kepada diriku dan sahabat-sahabat di dunia blogger ini.insyaallah.(^^)..
jazakallah kepada tetamu yang berkunjung disini...
wassalam..:)