Friday 4 March 2011

cara supaya tidak mengantuk

Semua orang, apabila memandu kereta
terutama untuk perjalanan jauh spt
balik kampung berhariraya, travelling
kerana tugas rasmi dsbnya, akan
merasa mengantuk yg teramat sangat ketika
memandu. Hal ini boleh mengundang
padah kerana hanya sedetik shj anda
terlelap ketika memandu, kemungkinan
untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99%
kerana ketika terlelap itu, otak
anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata
tertutup dan anggota tangan dan
kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg
dipandu. Berdasarkan pengalaman
saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat
Qursi boleh dijadikan penawar
untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.
Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA
NAUM..."

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK
TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan
adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan
perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA
YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA'
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM"
3X.

SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT
BERSAMA.


No comments: